Tuesday, August 21, 2018

Fungsi Choke Motosikal


Fungsi Choke Motosikal

Hello guyss... Topik ini membincangkan tentang choke motosikal yang menggunakan sistem karburetor. walaupun motor keluaran terkini semuanya menggunakan fuel-injection, masih ada lagi motor di jalan raya yang menggunakan sistem pencampuran bahan bakar/udara yang lama.

Apa itu Choke dan tujuan menggunakannya


Choke ialah sistem untuk menambahkan jumlah bahan bakar yang masuk ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Tujuan menggunakan choke adalah untuk mempercepatkan peningkatan suhu enjin menjadi optimum atau suhu bekerja enjin motosikal. Biasanya choke digunakan pada waktu pagi ketika suhu sejuk. Enjin perlu berada dalam suhu yang sesuai untuk bekerja bagi mengelakkan kehausan berlebihan pada komponen-komponen enjin. 

Cara Choke Berfungsi


Bagaimana choke meningkatkan campuran bahan bakar dalam udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran? Choke dikendalikan secara manual iaitu dengan menarik kabel choke seperti dalam gambar. Ini akan menyebabkan injap khas dalam karburetor akan terbuka dan bahan bakar akan keluar dari 1 lubang kecil menyebabkan penambahan bahan bakar yang masuk ke dalam combustion chamber. Suhu akan meningkat dengan lebih cepat disebabkan jumlah bahan bakar yang banyak. Ini menjadikan enjin mudah bekerja pada suhu rendah di waktu pagi. 


Kabel choke ditarik untuk menambah campuran bahan bakar.


Lubang saluran bahan bakar yang terbuka apabila choke ditarik. 

Choke adalah sistem yang wajib dalam sistem karburetor. Namun penggunaan choke untuk tujuan meningkatkan suhu enjin yang sejuk sahaja. Choke tidak perlu digunakan apabila enjin audah panas kerana ini hanya membazir minyak sahaja. Penggunan choke yang kerap tidak akan merosakkan apa-apa komponen dalam enjin.

Choke dalam sistem electronic fuel-injection (EFI) 

Sistem EFI tidak menggunakan choke manual tetapi kandungan campuran bahan bakar dan udara dikawal sepenuhnya secara elektronik mengikut keadaan dan suhu enjin.

Ini sahaja maklumat yang saya boleh kongsikan dalam blog ini. Jika ada pertanyaan boleh komen dan saya akan cuba berikan penjelasan. Thanks! 


No comments:

Post a Comment