Wednesday, August 22, 2018

Carburetor Motosikal

Carburetor


karburetor adalah satu komponen yang mengawal jumlah campuran udara/bahan bakar (singkatan a/f @ air/fuel) yang masuk kedalam kebuk pembakaran. Tajuk ini hanya fokus kepada karburetor motosikal sahaja dan bukan karburetor kereta. Karburetor kereta mempunyai sistem yang lebih rumit daripada motosikal yang menggunakan enjin kecil.

Fungsi Karburetor


Karburetor hanya satu komponen ringkas tetapi mempunyai peranan yang penting untuk enjin bekerja dengan lancar dan memberi kuasa mengikut kehendak penunggang motor. Karburetor mempunyai injap pendikit (throttle valve) yang dikawal oleh penunggang untuk mengawal jumlah campuran a/f yang masuk. Injap pendikit tersebut mempunyai satu jarum iaitu jet needle yang menutup atau membuka saluran bahan bakar. Membuka atau menutup injap pendikit akan menambah atau mengurangkan jumlah campuran a/f  yang masuk dalam kebuk pembakaran. Walaupun terdapat banyak saluran bahan bakar dalam karburetor, kita hanya fokus pada asas sahaja. 

Cara Bekerja

Karburetor mempunyai satu lubang besar yang dinamakan venturi. Lubang ini berbentuk besar ke kecil bertujuan meningkatkan kelajuan udara yang masuk. Apabila injap pendikit dibuka, udara laju yang masuk menyebabkan penurunan tekanan dalam karburetor. Tekanan yang rendah ini meghasilkan vacuum di dalam ruangan yang kecil tersebut. Tekanan yang rendah ini menyedut keluar bahan bakar keluar daripada jet needle yang terbuka. Bahan bakar yang disedut oleh udara ada dalam bentuk gas dan bukan cecair. Semakin besar bukaan injap pendikit dan jet needle, maka semakin banyak udara dan bahan bakar yang masuk.



Kebuk Apung

Kebuk apung atau float chamber berfungsi sebagai simpanan bahan bakar. Kebuk ini membolehkan bahan bakar sedia untuk digunakan jika diperlukan dalam jumlah sedikit ataupun banyak. Dalam kebuk apung ini terdapat satu pelampung yang dibuat daripada plastik atau tembaga yang berfungsi mengawal jumlah bahan bakar dari tanki minyak masuk ke dalam kebuk apung. Apabila jumlah minyak dalam kebuk apung berkurang, pelampung akan turun dan membuka satu jarum iaitu needle valve. Minyak dari tanki akan mengalir masuk kedalam kebuk apung sehingga pelampung mencapai aras yang ditetapkan dan needle valve ini akan tertutup.


Sebarang pertanyaan mengenai karburetor boleh dinyatakan di ruangan komen. Thanks!


Tuesday, August 21, 2018

Fungsi Choke Motosikal


Fungsi Choke Motosikal

Hello guyss... Topik ini membincangkan tentang choke motosikal yang menggunakan sistem karburetor. walaupun motor keluaran terkini semuanya menggunakan fuel-injection, masih ada lagi motor di jalan raya yang menggunakan sistem pencampuran bahan bakar/udara yang lama.

Apa itu Choke dan tujuan menggunakannya


Choke ialah sistem untuk menambahkan jumlah bahan bakar yang masuk ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Tujuan menggunakan choke adalah untuk mempercepatkan peningkatan suhu enjin menjadi optimum atau suhu bekerja enjin motosikal. Biasanya choke digunakan pada waktu pagi ketika suhu sejuk. Enjin perlu berada dalam suhu yang sesuai untuk bekerja bagi mengelakkan kehausan berlebihan pada komponen-komponen enjin. 

Cara Choke Berfungsi


Bagaimana choke meningkatkan campuran bahan bakar dalam udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran? Choke dikendalikan secara manual iaitu dengan menarik kabel choke seperti dalam gambar. Ini akan menyebabkan injap khas dalam karburetor akan terbuka dan bahan bakar akan keluar dari 1 lubang kecil menyebabkan penambahan bahan bakar yang masuk ke dalam combustion chamber. Suhu akan meningkat dengan lebih cepat disebabkan jumlah bahan bakar yang banyak. Ini menjadikan enjin mudah bekerja pada suhu rendah di waktu pagi. 


Kabel choke ditarik untuk menambah campuran bahan bakar.


Lubang saluran bahan bakar yang terbuka apabila choke ditarik. 

Choke adalah sistem yang wajib dalam sistem karburetor. Namun penggunaan choke untuk tujuan meningkatkan suhu enjin yang sejuk sahaja. Choke tidak perlu digunakan apabila enjin audah panas kerana ini hanya membazir minyak sahaja. Penggunan choke yang kerap tidak akan merosakkan apa-apa komponen dalam enjin.

Choke dalam sistem electronic fuel-injection (EFI) 

Sistem EFI tidak menggunakan choke manual tetapi kandungan campuran bahan bakar dan udara dikawal sepenuhnya secara elektronik mengikut keadaan dan suhu enjin.

Ini sahaja maklumat yang saya boleh kongsikan dalam blog ini. Jika ada pertanyaan boleh komen dan saya akan cuba berikan penjelasan. Thanks!