Carburetor
karburetor adalah satu komponen yang mengawal jumlah campuran udara/bahan bakar (singkatan a/f @ air/fuel) yang masuk kedalam kebuk pembakaran. Tajuk ini hanya fokus kepada karburetor motosikal sahaja dan bukan karburetor kereta. Karburetor kereta mempunyai sistem yang lebih rumit daripada motosikal yang menggunakan enjin kecil.
Fungsi Karburetor
Karburetor hanya satu komponen ringkas tetapi mempunyai peranan yang penting untuk enjin bekerja dengan lancar dan memberi kuasa mengikut kehendak penunggang motor. Karburetor mempunyai injap pendikit (throttle valve) yang dikawal oleh penunggang untuk mengawal jumlah campuran a/f yang masuk. Injap pendikit tersebut mempunyai satu jarum iaitu jet needle yang menutup atau membuka saluran bahan bakar. Membuka atau menutup injap pendikit akan menambah atau mengurangkan jumlah campuran a/f yang masuk dalam kebuk pembakaran. Walaupun terdapat banyak saluran bahan bakar dalam karburetor, kita hanya fokus pada asas sahaja.
Cara Bekerja
Karburetor mempunyai satu lubang besar yang dinamakan venturi. Lubang ini berbentuk besar ke kecil bertujuan meningkatkan kelajuan udara yang masuk. Apabila injap pendikit dibuka, udara laju yang masuk menyebabkan penurunan tekanan dalam karburetor. Tekanan yang rendah ini meghasilkan vacuum di dalam ruangan yang kecil tersebut. Tekanan yang rendah ini menyedut keluar bahan bakar keluar daripada jet needle yang terbuka. Bahan bakar yang disedut oleh udara ada dalam bentuk gas dan bukan cecair. Semakin besar bukaan injap pendikit dan jet needle, maka semakin banyak udara dan bahan bakar yang masuk.
Kebuk Apung
Kebuk apung atau float chamber berfungsi sebagai simpanan bahan bakar. Kebuk ini membolehkan bahan bakar sedia untuk digunakan jika diperlukan dalam jumlah sedikit ataupun banyak. Dalam kebuk apung ini terdapat satu pelampung yang dibuat daripada plastik atau tembaga yang berfungsi mengawal jumlah bahan bakar dari tanki minyak masuk ke dalam kebuk apung. Apabila jumlah minyak dalam kebuk apung berkurang, pelampung akan turun dan membuka satu jarum iaitu needle valve. Minyak dari tanki akan mengalir masuk kedalam kebuk apung sehingga pelampung mencapai aras yang ditetapkan dan needle valve ini akan tertutup.
Sebarang pertanyaan mengenai karburetor boleh dinyatakan di ruangan komen. Thanks!